Permohonan PerantiSiswa Fasa 2 Kini Dibuka ~ Bantuan Tablet Percuma Bernilai RM800 Untuk Semua Pelajar IPT

Kongsikan Artikel Ini

MK%20 %20PerantiSiswa

telegram%2Bimage

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam keluarga B40, mereka berpeluang menerima inisiatif peranti tablet beserta jalur lebar di bawah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022.

Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta bagi melaksanakan bantuan ini.

Selain peruntukan daripada kerajaan, syarikat telekomunikasi juga turut menyumbang bagi pelaksanaan pakej ini iaitu sebanyak RM65 juta.

Tujuan pakej ini diwujudkan untuk membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini, seramai 600,000 pelajar dalam kalangan keluarga B40 akan menerima bantuan ini.


JOIN TELEGRAM: https://t.me/pakejbantuankerajaan

Harga Pakej PerantiSiswa (Tablet)

Sehingga kini, Menteri Kewangan menyatakan harga bagi peranti yang ditawarkan melalui pakej ini bagi RM800 setiap tablet.

Syarikat Telekomunikasi

Syarikat telekomunikasi yang terlibat di dalam pelaksanaan pakej ini adalah seperti berikut:

  1. Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  3. Maxis Berhad (Maxis)
  4. U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  5. Telekom Malaysia Berhad (TM)
  6. YTL Communications Sdn Bhd (YES)
  7. Pendaftaran Pakej

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pendaftaran bagi pakej ini dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2022.


Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sila layari laman web SKMM di pautan https://www.mcmc.gov.my/.

PerantiSiswa


Kongsikan Artikel Ini