Permohonan RM480 Bantuan i-Suri Kepada Suri Rumah

Kongsikan Artikel Ini

iSuri%2BRM480%2BSetahun
Permohonan i-suri KWSP untuk Suri Rumah, terima insentif RM480 Setahun. Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP. 

Antaranya suri rumah akan menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain itu, bantuan kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500. Anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP dengan memuat  turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.
Untuk pengetahuan maklumat berkaitan i-Suri KWSP termasuk syarat, kelayakan, fedah, cara bayaran dan pendaftaran akan dikongsikan seperti berikut.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP




Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan  seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

  1. Diri sendiri (isteri)
  2. Suami kepada pasangan yang layak

Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

i Suri
FAEDAH I-SURI KWSP
  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP 
  • Bantuan Kematian: RM2500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
CARA BAYARAN

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.


Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web

Kongsikan Artikel Ini