Permohonan Skim Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

kanak kanak rm1000 2022

telegram%2Bimage

Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

Skim Bantuan Kanak-Kanak

Tahukan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

AVvXsEidUaQcMn3s7TTx2c47baRVarcVLgNqg JsKp tWAsM1K9fF5vkZR2WsuWVO7o yTTF0ufmlfisK7tlZH0iVuDvLRwPTP4C79 dU6zDYMNUESFzpk28ZG7K3Z5ctCUaTsmPgGT NwjmZTHErUvjk6D1 e8Jm2mQklJOoEZYf04JEMkdA3aWZ0Ii M9C g=w640 h640

Kriteria Kelayakan Khusus

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

AVvXsEg3hVy4NCCZ39fHQXXmdcZRQrr3AcRXohSzSUClq0yOLZIaGeml7u2WayHbcAi8w6S92lpCwxZ0muWIZkph3TZgTO4ECN86pCGW8299b2DrT0meD5pyIGtyzzUd521oBmifpttDb6pHkwmhF9zFGStEuW7BUY66WCi dPsg WkvCOcEVOAe71TP7QSiZA=w640 h640

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-

Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”

Pejabat JKM

1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2. Bawa dokumen ini bersama anda:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

3. Pastikan bawa bersama borang berikut:
Borang permohonan bantuan – KLIK SINI
Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu – KLIK SINI

Maklumat Lanjut


Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga


Kongsikan Artikel Ini