Permohonan Sudah Dibuka !!! Insentif Khas Sebanyak RM300 Kepada Suri Rumah

Advertisements

Program i-Suri ialah insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.

Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Caruman i-Suri akan diagihkan ke Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Faedah 

Wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) kini boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan.

Nota : Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

Had Caruman :

Minimum: RM1.00
Tertakluk kepada saluran pembayaran
Maksimum: RM100,000.00 setahun
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i‑Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000.00 setahun.

Syarat Kelayakan

i. Ahli KWSP;

ii. Warganegara Malaysia;

iii. Berumur bawah 55 tahun;

iv. Wanita yang berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.

  • Had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah Insentif Khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM3,000 atau apabila mencapai umur 55 tahun, yang mana terdahulu.
  • Rujuk ilustrasi di bawah:

Cara Mohon 

KWSP i-Akaun : Pendaftaran i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun di bawah menu Pendaftaran i-Saraan.

Laman Web KWSP : Pendaftaran i-Suri melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian di bawah menu Pendaftaran i-Saraan

Self Service Terminal (SST) : Pendaftaran i-Suri di mana-mana Self Service Terminal (SST) di bawah menu Pendaftaran i-Saraan dan sediakan MyKad

Pejabat KWSP : Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri KWSP 16G (M) dan sediakan MyKad

Nota: ​Permohonan ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik sekiranya ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November tahun sebelumnya.

Borang : 

Kaedah Bayaran 

Soalan Lazim

Apakah itu i-Suri ?

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Mengapa i-Suri diperkenalkan?

Tujuan i-Suri ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan wanita yang tersenarai dalam data eKasih mendapat manfaat seperti berikut:

i.    Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi wanita rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
ii.    Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
iii.    Mengiktiraf sumbangan wanita dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara; dan
iv.    Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.
Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh wanita, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.

Bagaimana ahli KWSP yang tersenarai dalam ekasih ingin mendaftar dibawah i-Suri?

Ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya boleh dibuat seperti berikut:

i.  Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih
ii. Pendaftaran kendiri melalui
a. Aplikasi KWSP i-Akaun
b. Secara dalam talian di laman web KWSP
c. Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP
iii. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).

Mengapakah terdapat individu yang dibawah ekasih tidak layak memohon i-Suri ?

Individu yang tersenarai di dalam data eKasih tidak layak memohon i-Suri sekiranya:

i.    Tidak tersenarai sebagai peserta eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.
ii.    Melebihi syarat umur yang ditetapkan

Nota: Bagi individu di atas boleh memilih untuk mendaftar i-Saraan bagi mendapatkan Insentif Khas i-Saraan tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung sistem eKasih , dimanakah maklumat tersebut boleh dirujuk?

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).

Advertisements

Leave a Comment