PKP Di 6 Buah Negeri ~ Rentas Negeri Tidak Dibenarkan Seluruh Negara Bermula 13 Januari Sehinggalah 26 Januari 2021

Kongsikan Artikel Ini


Rentas%2BNegeri%2BTidak%2BDibenarkan%2BSeluruh%2BNegara%2BBermula%2B13%2BJanuari%2BSehinggalah%2B26%2BJanuari%2B2021


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.



6 Buah Negeri Dikenakan PKP
Perdana Menteri berkata, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

“Negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

“KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Pergerakan Rentas Negeri di Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Bermula Rabu 13 Januari Sehinggalah 26 Januari 2021
Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara selama 14 hari, bermula Rabu ini.

Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19, aktiviti sosial membabitkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan juga tidak dibenarkan.

Katanya, bagi negeri di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), aktiviti sosial dibenarkan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Kongsikan Artikel Ini