PKP tidak ditamatkan esok dan fasa pertama bagi pelan pemulihan negara akan dilanjutkan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes, demikian maklum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.
Hal ini merujuk kepada kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.
BANTUAN BESAR-BESARAN DIUMUM
Muhyiddin turut berkata kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh buat semua kumpulan masyarakat pada hari Isnin atau Selasa ini, lapor Bernama.
PKP kali ini mula dilaksanakan pada 1 Jun lalu. Dijadual selama dua minggu, ia kemudian dilanjut sehingga esok (28 Jun).
PERALIHAN FASA PELAN PEMULIHAN
Menurut pelan pemulihan negara, peralihan antara Fasa 1 sekatan pergerakan penuh hanya akan dilaksanakan sekiranya tiga sasaran utama tercapai.
Kriteria utama bagi memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah angka 4,000; Kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”; serta 10 peratus penduduk sudah diberikan 2 dos vaksin.
Namun demikian, purata tujuh hari bagi kes Covid-19 setakat hari ini adalah 5,351, sementara itu jumlah pesakit di ICU hari ini adalah (866) yakni hampir sama tinggi ketika sekatan penuh mula berkuat kuasa pada 1 Jun (872).
Bilangan pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia pada bulan ini sahaja pula adalah seramai 2,088 nyawa.
Peralihan ke fasa ketiga pula akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih dari 2,000 kes sehari, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi serta 40 peratus rakyat Malaysia mendapat 2 dos vaksin. Ia dijangka dapat dicapai pada September 2021.
BANTUAN MORATORIUM & I-SINAR
Semalam, Menteri Kewangan YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bahawa pengumuman mengenai moratorium pinjaman serta pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Sinar akan dibuat tidak lama lagi.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.