PKP2.0: Majikan Tolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh 13-26 Januari? Baca Ini Hak Anda Sebagai Pekerja

Kongsikan Artikel Ini

Majikan%2BTolak%2BGaji%2BPekerja%2BPerintah%2BKawalan%2BPergerakan

Telegram%2BJawatanKosong11

Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 13-26 Januari? Hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di 8 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Persoalan yang paling besar bagi majoriti rakyat yang terjejas adalah, adakah majikan boleh menolak gaji pekerja bagi tempoh PKP2.0 ini?

Jawapannya TIDAK BOLEH. Bagi pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan TIDAK BOLEH sama sekali menolak gaji pekerja di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 13-26 Januari nanti.

Hal ini telah dicatatkan di dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji.

Jika majikan berbuat demikian, ianya kesalahan yang boleh didenda RM10,000.


Baca Juga : Gaji Pekerja WAJIB Dibayar Walaupun Premis Ditutup Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – Peguam Sumber Manusia

Penolakan gaji hanya boleh dibuat jika;

1. Ada undang-undang khas yang memperuntukkan sedemikian atau,
2. Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan.

Setakat ini, tiada undang-undang atau polisi sedemikian.

Akta Kerja 1955 juga hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.

Jika pekerja bergaji melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian utk menolak gaji semasa krisis.

Ataupun majikan akan berunding dengan anda utk selamatkan perniagaan.

Namun, majikan tidak boleh paksa anda jika tiada dlm kontrak.

Sila rujuk maklumat di bawah untuk lebih penerangan mengenai isu Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Semasa COVID-19 ini. Semoga membantu anda.


Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja

Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja

Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja 03


Artikel ini telah diolah daripada artikel semasa PKP1.0 18-31 Mac 2020

Kongsikan Artikel Ini

6 thoughts on “PKP2.0: Majikan Tolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh 13-26 Januari? Baca Ini Hak Anda Sebagai Pekerja”

  1. Assalamualaikum dn Slamat Malam..maaf atas pertanyaan saye,terima kasih atas jawapan skrnya ada pihak Yang sudi menerangkan.
    Soalan saya: Adakah gaji berbayar ini layak untuk individu Yang baru mula bekerja-(@ individu yang Masih Dalam tempoh percubaan) dengan majikan Yang mengeluarkan notis seperti yang sedia maklum..?
    RINGKASAN SOALAN SYA
    :JIKA PEKERJA ITU DI BERIKAN NOTIS CUTI DALAM TEMPOH WAKTU PERCUBAAN NYA ..ADAKAH PEKERJA ITU LAYAK UNTUK MENERIMA BAYARAN RM600 dari pihak Majikan nya????
    *Mohon Penjelasan*
    *Mohon Maaf jika ada kesilapan Dalam pertanyaan*
    *Ratusan terima kasih saya berikan, pada Tuan,Puan Yang sudi beri Penerangan srta Jawapan..🙏🙂

  2. You could certainly see your enthusiasm in the work you write. The world hopes for more passionate writers like you who aren’t afraid to say how they believe. Always go after your heart. device mockup

  3. Thank you for such a fantastic blog. Where else could anyone get that kind of info written in such a perfect way? I have a presentation that I am presently working on, and I have been on the look out for such information laptop mockup

  4. Saya nak tanya,2 minggu kami OT, sebelum 18hb, selepas tu majikan suruh kerja 5 Jam sahaja sampai 31hb. Tapi majikan cuma bayar basic. Dan OT yang kami buat tidak dibayar atas sebab kami kerja 5 jam sahaja. Bukan sepatutnya yang kami kerja 5 jam itu dibayar ikut jam ? Dan OT kami patut ke ditolak ? Please reply.

Comments are closed.