Punca Ramai Tak Dapat Tebus eMadani RM100, Ini Sebabnya!

Kongsikan Artikel Ini

Kredit e-Tunai ataupun eMadani RM100 kini boleh dituntut bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2023. Bantuan eMadani ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’

Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya kenapa dan sebab mengapa permohonan tidak lulus ataupun tidak berjaya.

Berikut kami kongsikan sebab mengapa permohonan eMadani anda tidak berjaya.

Punca Tuntutan eMadani Tidak Berjaya

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.
eMadani Rejected
Punca Ramai Tak Dapat Tebus eMadani RM100, Ini Sebabnya! 5

Artikel berkaitan :

Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Layak Atau Tidak Membuat Tuntutan eMadani?

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam e-dompet tersebut.

Sebab permohonan anda tidak berjaya juga akan diberitahu.

Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
eMadani Rejected
Punca Ramai Tak Dapat Tebus eMadani RM100, Ini Sebabnya! 6

Mengapa Permohonan eMadani Lambat Diluluskan?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

Syarat Penggunaan Kredit eMadani RM100

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Sumber : Blogrojak

Join Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :


Kongsikan Artikel Ini