Ramai happy dapat keluar duit sendiri, tapi rayuan terakhir PM ini buat ramai berfikir panjang

Kongsikan Artikel Ini

Rayuan%20PM%20KWSP%20RM10000

telegram%2Bimage

Ramai tidak perasan, disebalik kegembiraan ramai untuk mengeluarkan simpanan sendiri sehinga RM10,000 susulan pengumuman khas Perdana Menteri, rupanya beliau ada merayu sesuatu kepada rakyat berkenaan pengeluaran tersebut.



Mengakui bahawa keputusan itu amat sukar, pengeluaran simpanan sendiri KWSP ini dianggap jalan tengah dalam mengimbangi keperluan mendesak hari ini dan simpanan hari tua.

RAYUAN TERAKHIR PM SELEPAS UMUM PENGELUARAN KWSP RM10,000



“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

MGF01032021 PENCAPAIAN KEMENTERIAN PERTAHANAN13

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.”


PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan ekoran pandemik yang melanda negara.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini serta mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran RM10,000 KWSP:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

Pengeluaran%20KWSP%20RM10000%20a

Pengeluaran%20KWSP%20RM10000%20b

Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Sila ikuti maklumat lanjut oleh KWSP tentang info selanjutnya tidak lama lagi.

Baca juga:

Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan – PM Ismail Sabri
Pengeluaran KWSP RM10,000 Diluluskan Tapi Bersyarat?


Kongsikan Artikel Ini