Ramai Masih Keliru Dengan Permohonan i-Sinar Baharu ~ Perlu Bayar Semula Amaun i-Sinar Yang Dikeluarkan?

Kongsikan Artikel Ini

persoalan%2Bi sinar%2Bbaharu

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan


Masih ramai daripada pemohon i-Sinar tanpa syarat masih keliru dengan beberapa persoalan dan masalah yang bermain di fikiran dan yang mereka hadapi. Persoalan-persoalan ini membuatkan mereka bingung dan tidak tahu bagaimanakah hendak menyelesaikannya.


KWSP sudah menyediakan beberapa jawapan kepada persoalan-persoalan yang dihadapi oleh para pemohon i-Sinar yang baharu ini.



Persoalan yang menjadi tanda tanya adakah para pemohon perlu untuk membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan? 

Mari baca beberapa jawapan kepada beberapa persoalan dan permasalahan yang dihadapi oleh para pemohon i-Sinar KWSP.

Jawapan Kepada Persoalan Dan Masalah Yang Dihadapi Oleh Para Pemohon i-Sinar Baharu

1. Apa itu i-Sinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

2. Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama
  • Bukan akaun syarikatNota:
Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

3. Apakah penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria?

Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:
  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

4. Bila saya boleh mula memohon i-Sinar tanpa kriteria ini?

Bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemprosesan permohonan dan pembayaran i-Sinar, Ahli KWSP perlu memohon bermula 8 Mac 2021.
5. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?
amaun%2Bkelayakan%2Bi%2Bsinar

6. Adakah bayaran interim sebanyak RM1000 masih dibayar?

Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.

7. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?

Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 3.

8. Adakah saya perlu mengemukakan bukti pengurangan pendapatan untuk memohon i-Sinar tanpa kriteria?

Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini.


9. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Sedang Diproses’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?

Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.

10. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan memerlukan saya untuk ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’. Adakah saya perlu memuat naik dokumen yang diperlukan?

Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.

11. Bagaimana saya boleh menyemak status terkini permohonan i-Sinar saya?

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda;
  • Melalui i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  • Melalui i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran.

12. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?

Anda boleh menyemak status permohonan dan jangkaan tarikh bayaran akan diterima dengan melayari portal i-Sinar Online dari semasa ke semasa. Bayaran akan dibuat mengikut kaedah bayaran yang anda pilih semasa membuat permohonan iaitu;
  • Pengkreditan Terus (DC) ke akaun bank; atau
  • Arahan Bayaran (PO) yang perlu diambil di cawangan KWSP pilihan anda setiap kali menerima bayaran. PO ini hanya boleh ditunaikan di Bank RHB.

13. Bilakah tarikh akhir saya boleh memohon i-Sinar?

Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

14. Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?

Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

15. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula. Semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun i-Sinar yang dikeluarkan. Setelah itu, caruman anda akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

16. Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

17. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut atau mengemukakan pertanyaan berkaitan i-Sinar?

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.


Kongsikan Artikel Ini