Bagi yang masih tertanya-tanya berkenaan BPR Fasa 3, berikut kami kongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan jumlah yang akan diterima mengikut kategori.
Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3
Pembayaran BPR Fasa 3 akan bermula pada 28 September 2021 dan dijangka selesai pada 30 September 2021.
Jumlah Bayaran Yang Diterima
Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
- Kurang dari 1 anak: RM500
- 2 anak dan ke atas: RM1,100
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
- Kurang dari 1 anak: RM200
- 2 anak dan ke atas: RM600
Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
- Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
- Kurang dari 1 anak: RM100
- 2 anak dan ke atas: RM200
Cara Membuat Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3
- Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Tekan butang “Semak Status”
- Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:
LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.