RASMI: Cara & Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Kongsikan Artikel Ini

Berita baik bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada akaun KWSP anda, tahukah anda boleh untuk membuat pengeluaran khas permohonan KWSP RM10,000 melalui portal khas seperti yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.



Berita baik bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada akaun KWSP anda, tahukah anda boleh untuk membuat pengeluaran khas permohonan KWSP RM10,000 melalui portal khas seperti yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kami kongsikan kepada anda cara login portal khas Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.


Cara Login Portal Khas Pengeluaran KWSP RM10,000

KWSP ada berkongsi maklumat kepada para pemohon bahawa mereka boleh untuk membuat permohonan khas pengeluaran kwsp RM10,000 bermula 1 April. Bagaimanakah caranya? Mesti anda semua tertanya-tanya.
Caranya cukup mudah, anda boleh untuk melayari portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau kios KWSP sebelum anda membuat permohonan pengeluaran. Namun, portal khas ini hanya boleh dilayari pada 1 April nanti.


Semak Baki Simpanan KWSP Melalui i-Akaun

Namun, para pencarum digalakkan supaya menyemak terlebih dahulu baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau Kios KWSP sebelum membuat sebarang permohonan pengeluaran.

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.
Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.

Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000

Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.
Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Tarikh Semakan Status Lulus Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000

Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Tujuan Pengeluaran Khas

Tujuan utama pengeluaran khas ini adalah untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan dan cabaran mendesak hari ini. Para pencarum juga diingatkan agar mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar memerlukan.

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.


Kongsikan Artikel Ini