(Rasmi) Maklumat Terkini Permohonan BPR Wajib Anda Tahu ~ Tarikh Rasmi Pembayaran BPR Fasa 1

Kongsikan Artikel Ini

maklumat%2Bterkini%2Bbpr%2Bfasa%2B1

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik bagi mereka pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, menurut Kementerian Kewangan ada memaklumkan melalui satu kenyataan media bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari sehingga 15 Februari 2021 akan dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.


Hal ini bertujuan bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini.





Siapa Yang Perlu Memohon Permohonan Baharu?

Bagi pengetahuan anda, pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

Ini termasuk mereka golongan yang mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran penularan COVID-19.

Dengan adanya proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, bagi mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

Baca lebih Lanjut: Permohonan BPR 2021

Adakah Pemohon Sebelum Ini Perlu Membuat Pendaftaran Baharu Dan Kemaskini?

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Bila Tarikh Pembayaran Fasa 1 BPR 2021?

  • Pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.
  • Manakala bayaran Fasa 2 BPR pula dijangka akan dibuat awal bulan Mei 2021

Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu.

Maklumat Tambahan

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) buat masa sekarang telah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem.

Tambahan pula, proses semak silang ini juga melibatkan 25 Agensi Kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM dan pelbagai agensi untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan permohonan BPR.

Kenyataan Media Tentang BPR Terkini

maklumat%2Bbpr


Para pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/   bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang BPR.


Kongsikan Artikel Ini