Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses

Kongsikan Artikel Ini

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 telah mula disalurkan secara berperingkat sejak 29 Ogos 2024.

Melalui bantuan ini, penerima akan menerima bayaran berdasarkan kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran akan diproses secara automatik terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 29 Ogos 2024.

Rayuan STR Fasa 3
Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses 8
Rayuan STR Fasa 3
Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses 9

Artikel Berkaitan : Permohonan Baru Bantuan RM350 Golongan Bujang Dibuka

Semakan Status Tidak Lulus STR Fasa 3

Pemohon boleh menyemak jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya permohonan mereka diluluskan.

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS untuk STR 2024:

Maksud Status Permohonan Diterima

Apakah maksud Permohonan Diterima dan Dalam Proses?

  • Status “Permohonan Diterima” menunjukkan bahawa permohonan STR anda telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sesuai dengan tempoh penghantaran. Pada tahap ini, anda masih boleh mengemas kini permohonan sehingga statusnya bertukar kepada “Dalam Proses“.
  • Status “Dalam Proses” pula merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan kini sedang menjalani proses verifikasi kelayakan untuk STR 2024.

Maksud Status Lulus

Apakah yang dimaksudkan sengan Status Lulus?

  • Status “Lulus” merujuk kepada permohonan STR yang memenuhi syarat kelayakan setelah melalui proses semakan dan verifikasi.

Maksud Status Yang Tidak Lulus

Apakah yang dimaksudkan dengan Status Tidak Lulus?

  • Status “Tidak Lulus” merujuk kepada permohonan STR yang tidak memenuhi syarat kelayakan selepas proses semakan dan verifikasi dilaksanakan.

Apa yang Perlu Dilakukan Jika STR 2024 Tidak Lulus?

Apa yang perlu saya lakukan jika permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?

  • Untuk permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat Permohonan Rayuan STR.
  • Sila klik untuk melihat Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa permohonan dalam talian, atau dikemukakan ke Pejabat HASiL, Pejabat Satelit (PS), atau Urban Transformation Centre (UTC) HASiL untuk Permohonan Semakan Semula (Rayuan) menggunakan Borang Kertas.

Cara Semak Status STR Fasa 3

image 8 1024x274 1
Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses 10

Anda boleh membuat semakan status permohonan STR melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Jika tidak lulus, status akan dipaparkan seperti contoh di bawah:

Rayuan STR Fasa 3
Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses 11

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Jumlah yang akan diterima untuk STR Fasa 3 adalah berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.

Rujuk jadual di bawah:

  • Isi rumah (<RM2500) : RM150-RM650
  • Isi rumah (RM2501-RM5000) : RM150 – RM300
  • Warga Emas (Tiada pasangan) : RM150
  • Bujang : RM50
image 9
Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses 12

Permohonan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Jika status permohonan anda adalah TIDAK LULUS, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui borang kertas di kaunter LHDNM.

Untuk membuat rayuan, sila kunjungi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah hasil daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berkuasa melalui:

  • Talian Penting STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian hotline STR Kementerian Kewangan : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: [email protected]

Kongsikan Artikel Ini