Rumah Mampu Milik Serendah RM42,000 Sahaja! LUAS & STRATEGIK (Cara Tempahan / Booking Dibuka)

Kongsikan Artikel Ini

Rumah%2BMampu%2BMilik

Telegram%2BJawatanKosong11

Rumah Mampu Milik Serendah RM42,000 Sahaja! LUAS & STRATEGIK (Cara Tempahan / Book Dibuka)

Atas inisiatif Kerajaan Negeri, rumah mampu milik Selangor dilancarkan oleh kerajaan Selangor.

Skim dan projek perumahan mampu milik ini diletakkan di bawah portfolio Perumahan negeri Selangor di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau dikenali dengan LPHS Selangor.

Matlamatnya bagi memastikan setiap ahli keluarga yang tinggal di Selangor memiliki rumah yang berada dalam keadaan baik, selesa dan selamat sebagai tempat berteduh pada harga mampu milik atau “Affordable Homes”.

Ada banyak pilihan untuk anda pilih berdasarkan gaji dan saiz keluarga anda yang ditawarkan pada harga yang murah untuk anda terutamanya rakyat Selangor yang mempunyai gaji RM3,000 dan ke bawah ataupun gaji bulanan RM10,000 dan ke bawah. Semua pilihan ada di depan mata anda sekarang untuk dipilih.


Permohonan Rumah Selangorku



Butiran lebih lengkap boleh anda semak pautan dan butiran pada jadual yang ada di bawah:
Senarai projek : https://ehartanah.lphs.gov.my
Pendaftaran secara online : https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=newuser_new

Ada 4 jenis rumah yang ditawarkan untuk anda iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik.

Yang bagusnya harga yang ditawarkan adalah tidak lebih RM250 ribu.


Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur adalah 18 tahun ke atas
  3. Pastikan anda mahu tinggal di unit kediaman tersebut bukannya anda bagi sewa pada orang lain pula
  4. Masih belum ada rumah sendiri lagi
  5. Anda hanya boleh jual atau pindah milik kepada orang selepas tempoh 5 tahun lamanya
  6. Pastikan pendapatkan anda tidak lebih daripada gaji dan pendapatan yang telah ditetapkan. Contohnya untuk beli rumah kos rendah pastikan gaji anda tak lebih RM3 ribu. Manakala untuk unit kategori lain, gaji tak boleh melebihi RM10K


Pakej Rumah Mampu Milik Selangor




JENISKELUASAN (sqft)HARGAGAJI DIBENARKAN
PAKEJ A (Rumah Kos Rendah)700RM42KRM3,000 dan ke bawah
PAKEJ B (Rumah Kos Sederhana Rendah)750Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah
PAKEJ C (Rumah Kos Sederhana)800 @ 900 @ 18×60Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah
PAKEJ D (Rumah Mampu Milik Selangor)1000 @ 20×60Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah


SHAH ALAM 23 OKT : Sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) akan dibina di Selangor menjelang 2018 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pembinaan itu termasuk 5,000 unit RMM yang diselaraskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di bawah Skim Rumah Selangorku dengan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

“Rumah ini akan dibina dengan keluasan minimum 800 kaki persegi dan dijual pada harga tidak melebihi RM150,000,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, petang ini.

Abdul Khalid berkata, LPHS juga akan membuat kajian bagi membina 1,700 unit RMM untuk disewa yang akan memberi hasil kepada kerajaan negeri, selain dijual kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“LPHS juga bercadang untuk membangunkan projek perumahan mampu milik menggunakan teknik pre fabrikasi kerana kaedah ini lebih jimat, cepat dan mengurangkan tenaga kerja seperti yang diguna secara meluas di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengenal pasti satu tapak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, sebagai projek perintis untuk pembinaan RMM menggunakan teknik pre fabrikasi yang dijangka dimulakan tahun depan.

“Perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan mendesak dan perlu disegerakan terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mana peluang untuk golongan membeli rumah agak terhad dan terbatas,” katanya.



Soalan Lazim & FAQ


1. Adakah permohonan rumah mampu milik Selangor ini mudah lulus?

Ya. Sangat mudah. Jika anda melepasi syarat kelayakan mudah yang ditetapkan. Tawaran unit sekarang sangat banyak sekarang

2. Permohonan saya telah kenaa tolak, bagaimana cara untuk buat rayuan?

Maaf tiada. Ini kerana rayuan tidak dibuka jika permohonan kena reject

3. Bila tempoh dibenarkan jika saya mahu jual semula atau sewa paada orang lain?

Anda boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu temoh memoratarium 5 tahun

P/S : Hati-hati jikalau sudah daftar dan hantar permohonan secara online serta berjaya lulus, tetapi anda menolak tawaran tersebut, maka nama anda akan kena senarai hitam dan blacklist dalam Senarai Pendaftaran Rumah Selangorku.

PP/S: Jika anda mahu kongsikan program rumah mampu milik rumah selangorku dengan kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat anda di Facebook dan Whatapps mereka yang tinggal di Selangor sekarang, dipersilakan



Kongsikan Artikel Ini

1 thought on “Rumah Mampu Milik Serendah RM42,000 Sahaja! LUAS & STRATEGIK (Cara Tempahan / Booking Dibuka)”

Comments are closed.