Program Rumah Mesra Rakyat adalah sebuah bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah bertujuan untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Di bawah program ini, pemohon yang layak akan mendapat bantuan kewangan melalui pinjaman dari kerajaan, dengan kadar faedah yang rendah atau tanpa faedah, bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Ini memberikan peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri tanpa perlu terbeban dengan kos yang tinggi. Rumah yang dibina di bawah program RMR ini biasanya terdiri daripada rumah jenis satu atau dua bilik tidur, dengan reka bentuk yang mesra dan sesuai untuk keluarga kecil.
Secara keseluruhan, Rumah Mesra Rakyat adalah usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa dan berpatutan, serta mengurangkan masalah kekurangan rumah di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPNB.
Syarat Kelayakan
i. Warganegara Malaysia
ii. Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun
iii. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000
iv. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
v. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
vi. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
vii. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Nota: Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Kaedah memohon
i. Isi borang pendaftaran secara dalam talian melalui laman sesawang SPNB
ii. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
iii. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
iv. Isi maklumat ke dalam sistem
v. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
vi. Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
vii. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
Dokumen yang diperlukan
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
ii. Salinan kad pengenalan tuan tanah
iii. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
iv. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
v. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
vi. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
vii. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
viii. Salinan sijil nikah pemohon
xi. Borang laporan tapak bergambar
Nota:
i. Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
ii. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
iii. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
iv. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
- pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
TANGGUNGJAWAB PEMOHON (SEKIRANYA DILULUSKAN)
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
PEMBAYARAN RMR SECARA ONLINE
Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.
- Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
- Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
- Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
- Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
Amount (RM): Jumlah Pembayaran
Ref-1: No Akuan RMR
Ref-2: No Kad Pengenalan
Kod Pembayaran JOMPAY:RMR 2002 – RMR 2019
Semenanjung / Pulau:
RM100, RM150, RM270, RM360Sabah & Labuan:
Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)
RMR 2020 – RMR 2022
Semenanjung: RM300.00
Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:
- Selangor,KL,Putrajaya : 631085
- Perlis : 158394
- Johor : 296053
- Kedah, P.Pinang : 546879
- Melaka : 560128
- Sembilan : 691543
- Terengganu : 775239
- Pahang : 781252
- Kelantan : 783597
- Perak : 789446
- Sabah,Labuan : 106526
*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.
Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/