Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2024

Kongsikan Artikel Ini

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, mengumumkan bahawa Sabah akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan tahun ini.

Hari Malaysia 2024
Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2024 8

Sambutan Hari Malaysia 2024 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 16 September depan.

Hari Malaysia 2024
Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2024 9

Baca Juga : SUKMA 2024: Live, Kedudukan Pingat & Jadual Acara Sukan

Sejarah Hari Malaysia 2024

Hari Malaysia, atau ‘Malaysia Day’, dirayakan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati hari bersejarah ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963.

Pada tarikh ini, Malaysia dibentuk melalui penggabungan Malaya (Semenanjung Malaysia), Singapura, Sabah, dan Sarawak menjadi sebuah negara persekutuan yang baru.

Sebelum 1963, Malaya telah mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Walau bagaimanapun, untuk mencapai matlamat pembentukan sebuah negara Malaysia yang lebih besar, rundingan antara pihak British, Malaya, dan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah dan Sarawak, serta Singapura, diadakan. Perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963.

Pada 16 September 1963, Malaya, Sabah, Sarawak, Singapura secara rasmi digabungkan untuk membentuk Malaysia. Namun setelah 2 tahun menjadi salah satu anggota dalam Malaysia, Singapura akhirnya telah dipisahkan daripada Malaysia dan membentuk negara sendiri pada 9 Ogos 1965.

Lokasi Sambutan Hari Malaysia 2024

Negeri Sabah telah dipilih secara rasmi untuk sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Hari Malaysia 2024
Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2024 10

Lokasi tersebut telah ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.1/2024 yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Komunikasi (KK) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) yang diadakan di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu.

Hari Malaysia 2024
Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2024 11

Tema Hari Malaysia 2024

Malaysia Madani : Jiwa Merdeka” telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan hari Malaysia 2024.

Malaysia Madani adalah asas kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui sokongan 6 nilai teras utama.

Jiwa Merdeka menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menafsirkan semangat patriotisme dan cinta negara. Ini dapat dicapai melalui pelbagai cara yang merangkumi asapek pemikiran, integrasi sosial, dan sekonomi, serta membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni, dan progresif.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka melambangkan kesepaduan holistik negara yang maju dan progresif, di mana rakyat yang berbilang kaum bersatu hati dan teguh dalam jati diri mereka.

Hari Malaysia 2024
Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2024 12

Maklumat Lanjut

Layari www.merdeka360.my untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Artikel berkaitan :


Kongsikan Artikel Ini