Amalan Sunat Hari Jumaat : Kelebihan Dan Keistimewaan

Kongsikan Artikel Ini

AMALAN SUNAT HARI JUMAAT YANG DIGALAKKAN BAGI UMAT ISLAM

Hari Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam, dan ia dikenali sebagai “Sayyidul Ayyam” atau “Penghulu Segala Hari”.

Sayyidul Ayyam mencerminkan kedudukan istimewa hari Jumaat dalam kalendar Islam dan keutamaan yang diberikan pada hari tersebut dalam amalan dan ibadah umat islam.

Pada hari Jumaat, umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan sunat Hari Jumaat dan diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Jumu’ah : 9

“Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],”

(Surah Al-Jumu’ah: 9)

Baca juga : MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

Amalan Sunat Hari Jumaat

Berikut adalah beberapa amalan sunat Hari Jumaat yang disarankan;

1. Mandi Jumaat (Ghusl Jumaat)

  • Melakukan mandi sunat pada hari Jumaat adalah amalan yang sangat digalakkan. Ini disebut sebagai “ghusl Jumaat” dan merupakan cara untuk membersihkan diri dan bersiap-siap dengan lebih baik untuk melakukan solat Jumaat.

2. Memakai Pakaian Yang Bersih Dan Wangian

  • Disunatkan untuk memakai pakaian yang bersih dan cantik sebagai tanda penghormatan kepada hari Jumaat.
  • Disunnahkan juga memakai wangian sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

3. Bersiwak atau Bersugi

  • Bersiwak adalah amalan membersihkan gigi dengan menggunakan siwak (kayu siwak) atau sejenisnya. Alaman ini mempunyai banyak kelebihan dan sangat disarakankan oleh Nabi Muhammad SAW.

4. Datang Awal ke Masjid

  • Digalakkan untuk datang ke masjid lebih awal sebelum solat Jumaat. Apabila kita datang awal ke masjid, kita boleh melalukan beberapa amalan sunat seperti berdoa, membaca al-Qur’an, berzikir atau melakukan amalan sunat lain sebelum khutbah dimulakan.
amalan sunat hari jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat : Kelebihan Dan Keistimewaan 6

5. Membaca Surah Al-Kahfi

  • Surah Al-Kahfi menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan dan sesuai untuk dibacakan ketika Hari Jumaat. Ada hadith yang menyebutkan bahawa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan memberi keberkatan hingga ke Jumaat berikutnya dan dapat menghindari daripada fitnah Dajal.

6. Solat Sunat

  • Melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat adalah amalan yang disarankan. Terdapat solat sunat sebelum khutbah (2 rakaat) dan juga selepas solat Jumaat (4 rakaat).

7. Membaca Selawat ke atas Nabi SAW

  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada hari Jumaat adalah amalan yang sangat digalakkan, kerana ia adalah hari yang penuh keberkatan.

8. Perbanyakkan Berdoa & Berzikir

Hari Jumaat adalah hari yang terbaik untuk berdoa, kerana terdapat satu waktu di mana doa-doa kita akan diterima. Walaupun waktu tersebut tidak disebutkan dengan jelas, banyak ulama berpendapat bahawa waktu tersebut adalah di antara waktu solat Jumaat dan waktu solat Asar.

9. Mengamalkan Perbuatan Baik

  • Melakukan amal soleh, seperti bersedekah, berbuat baik kepada sesama manusia, dan menjaga hubungan silaturrahim, adalah amalan yang digalakkan pada hari Jumaat.

Dengan melakukan amalan sunat Hari Jumaat, kita dapat memanfaatkan hari Jumaat dengan sebaik-baiknya dan semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT.

amalan sunat hari jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat : Kelebihan Dan Keistimewaan 7

Kelebihan dan Keistimewaan Hari Jumaat

Hari Berkumpul untuk Solat Jumaat

  • Hari Jumaat adalah hari di mana umat Islam diwajibkan untuk menghadiri solat Jumaat yang menggantikan solat Zohor. Solat Jumaat ini diikuti dengan khutbah yang memberikan nasihat dan panduan kepada jemaah.

Hari Berkat dan Khutbah

  • Khutbah Jumaat adalah waktu yang sangat penting kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan ilmu dan nasihat. Hari Jumaat juga dikatakan penuh dengan keberkatan dan rahmat.

Hari di Mana Doa Diterima

  • Terdapat hadith yang menyebut bahawa terdapat satu waktu pada hari Jumaat di mana doa-doa akan diterima. Walaupun waktu ini tidak ditentukan secara spesifik, banyak ulama berpendapat bahawa ia adalah antara solat Jumaat dan waktu solat Asar.
amalan sunat hari jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat : Kelebihan Dan Keistimewaan 8

Semoga dengan amalan-amalan sunat yang kita lakukan, kita dapat memanfaatkan hari Jumaat dengan lebih baik dan meraih keberkatan serta rahmat dari Allah SWT. Hari Jumaat bukan sahaja merupakan hari ibadah, tetapi juga hari untuk kita membuat refleksi dan perbaiki diri.

Sumber : MuftiWP

Artikel Trending :


Kongsikan Artikel Ini