Semak BPR Tambahan RM500, Sudah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat-Peringkat

Kongsikan Artikel Ini

BPR TAMBAHAN


telegram%2Bimage
Berita baik untuk mereka penerima BPR, bantuan BPR sebanyak RM500 secara one-off melalui PEMERKASA akan diagihkan bermula Jun ini. 
Bermula hari ini, ada pemohon yang berkongsi di media sosial mereka bahawa pengkreditan BPR Tambahan sudah mulai dikreditkan ke akaun bank masing-masing. 
Sebanyak RM 1.2 Billion diperuntukan oleh kerajaan bagi membantu 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang bantuan RM500 one-off ini.


Siapa Layak Terima Bantuan RM500?

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang hilang pendapatan.
Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Bantuan RM500 One-Off Untuk B40 & Penerima BPR

Kami kongsikan maklumat tentang bantuan ini:
  • Penerima tidak perlu untuk membuat pendaftaran
  • Penerima berumur antara 21-60 tahun
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
  • Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka

Tarikh Bayaran

Bayaran RM500 one-off ini akan dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.
Ada segelintir pemohon yang sudah mulai dikreditkan bantuan RM500 ke akaun masing-masing. Jadi anda boleh semak akaun bank masing-masing.

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada jawatan kosong ini
_________________________________________________________________________

Cara Untuk Menyemak BPR Tambahan RM500


Cara Untuk Permohonan
Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.
Anda boleh semak akaun anda selepas tarikh bayaran diumumkan nanti.

BPR TAMBAHAN

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, sebanyak 2.1 billion ringgit diperuntukkan bagi menambah kadar BPR.

1. Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500
– Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM500
2. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000
– Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM300
3. Bujang akan menerima tambahan BPR sebanyak RM100

Tarikh Pembayaran Mengikut Bank-Bank Tempatan

Anda perlu faham bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Justeru itu anda perlu bersabar dan menunggu pembayaran ini.

Maklumat Tambahan

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh untuk Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747.


Kongsikan Artikel Ini