Semak Portal Manfaat: Pelbagai Bantuan Kerajaan Tahun 2021 Untuk Anda

Kongsikan Artikel Ini

Portal%2BManfaat%2B1

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
Pada saat ini, ada ibu ibu sedang merenung tong beras yang kehabisan, anak anak kecil yang menangis lapar. Juga seorang ketua keluarga yang sedang berkira kira helaian wang di dompetnya, mampukah kami bertahan esok dan hari berikutnya. Bisik hati kecilnya.

Kita pernah bercita-cita bahawa Tahun 2021 ini akan memberikan sinar dan nafas baru selepas bergelut dengan pelbagai cabaran dan musibah sepanjang tahun lepas. Namun, awal Januari sahaja kita ‘disapa’ Perintah Kawalan Pergerakan. Sekali lagi.

Beberapa bulan lepas, kita hampir pernah ‘menang’ melawan pandemik yang serba ganas ini. Setiap hari paparan grafik yang menunjukkan angka kes harian tempatan ‘0’, ada hari kes tempatan ‘1’, mula mengukir senyuman pada bibir kita, memaknakan kita sedang bermula keluar dari musibah pandemik Covid-19 ini.


Rupanya, perlawanan ini masih belum berpenghujung. Tiba-tiba sahaja negara kita dilanda gelombang ketiga yang lebih dahsyat. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Maka, barisan petugas hadapan pula disiapsiagakan bagi menempuhi saat yang serba sukar ini.

Kami dari pasukan Mingguan Kerja setiap hari bertungkus lumus bagi memberikan informasi terbaik kepada anda. Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi berkenaan Portal Manfaat, iaitu laman web yang mampu ‘generate’ senarai Bantuan Kerajaan Tahun 2021 yang kriterianya bertepatan dengan kelayakan anda.

PENGENALAN PORTAL MANFAAT

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah membangunkan sebuah laman web iaitu Portal Manfaat, bertujuan untuk memudahkan masyarakat mengakses senarai bantuan terkini yang boleh dipohon.


Sebenarnya, ramai yang terlepas bantuan lain. Contohnya, Sarah telah memohon BPN Bujang RM500 dan BPR Bujang RM350, tetapi sebenarnya Sarah boleh memohon 27 lagi bantuan kerajaan lain yang kriterianya bertepatan dengan kelayakan Sarah.

Justeru, untuk tidak tercicir peluang berharga ini, anda wajar untuk menggunakan kemudahan Portal Manfaat.

CARA SEMAK BANTUAN DI PORTAL MANFAAT


Berikut kami berikan rujukan atau tatacara lengkap untuk melakukan semakan di portal manfaat:


2. Klik ‘Belanjawan 2021’.
Portal%2BManfaat%2B2

3. Kemudian akan dipaparkan tiga pilihan iaitu Individu dan Isi Rumah, Perniagaan dan Majikan serta Komuniti. Sila pilih salah satu.

Portal%2BManfaat%2B3

4. Jika anda memilih kategori Individu dan Isi Rumah, anda haru memenuhkan ruangan maklumat peribadi yang diperlukan.

5. Setelah selesai, klik ‘Teruskan’.

Portal%2BManfaat%2B4

6. Kemudian, anda hendaklah memilih aspek yang terkandung dalam Belanjawan 2021 seperti perihal Kewangan, Pekerjaan, Pembiayaan, Pendidikan/ Latihan, Perlindungan Sosial dan Kesihatan.

Portal%2BManfaat%2B5

7. Senarai bantuan kerajaan yang bertepatan dengan kelayakan anda akan dipaparkan.

8. Klik setiap bantuan untuk melihat maklumatnya dengan lebih terperinci.
Portal%2BManfaat%2B6

Nota Tambahan: Bagi kategori PERNIAGAAN dan KOMUNITI pula, kaedahnya sama seperti tatacara yang telah kami berikan di atas.


Demikianlah perkongsian kami berkenaan cara untuk menggunakan Portal Manfaat ini. Diharapkan agar anda semua dapat memanfaatkan setiap jenis bantuan yang boleh dipohon. Jangan lupa share kepada rakan rakan lain dan ahli keluarga. Terima kasih.

Kongsikan Artikel Ini

1 thought on “Semak Portal Manfaat: Pelbagai Bantuan Kerajaan Tahun 2021 Untuk Anda”

  1. Saya nk tanya bantuan one off ibu tunggal …mmg dpt lmbt ker dr tahun lepas lagi …hampir 3 bln saya tunggu masih x dpt lagi…result kata berjaya tapi x masuk lagi duit nya…mmg lmbt ker nk terima duit….

Comments are closed.