Semakan Bantuan Tambahan RM600 : Dianggarkan lebih dari 200,000 penerima Bantuan STR akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM600 bermula Isnin lalu. Bagi yang masih tertanya-tanya tentang semakan bantuan tambahan ini, ikuti perkongsian MingguanKerja dibawah.
Memetik ucapan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sumbangan itu berfokuskan untuk penerima mendapatkan barangan keperluan dan makanan asas bagi menjalani kehidupan seharian.
Berikut kami kongsikan tentang panduan semakan bantuan tambahan yang dinyatakan seperti diatas.
SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN / SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI | STATUS |
1. Isi Rumah | a) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. |
2. Warga Emas Tiada Pasangan | a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. |
3. Bujang | a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat ; dan b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. |
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Baca Juga :
- eKredit : Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT
- Akaun 3 KWSP : Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan
Kerajaan akan memberi sumbangan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
KATEGORI LAYAK MENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM600
Untuk pengetahuan, jumlah bantuan tambahan sebanyak RM600 ini hanya dikhususkan untuk penerima isi rumah yang berstatus dan telah dikenalpasti sebagai kelompok miskin tegar.
Syarat kelayakan ini terhad untuk mereka :
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Semakan Bantuan Tambahan RM600
Jika anda tidak pasti sama ada anda tersenarai didalam pangkalan data eKasih, anda boleh mengemukakan permohonan atau melakukan proses semakan kelayakan di talian https://ekasih.icu.gov.my/
Terdapat langkah yang lengkap untuk proses pendaftaran telah disediakan didalam portal eKasih.
Tarikh Pengkreditan RM600
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
4) Iklan MGID 2Sila rujuk jadual berikut :
- SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – September 2023 (RM100)
- SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – November 2023 (RM100)
- SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
SOALAN LAZIM
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.