Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Dalam usaha menignkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat, Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia.Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan, terutuma golongan yang kurang bernasib baik.
Dengan pendekatan yang berfokuskan kepada keperluan asas, SARA beperanan sebagai jaringan keselamatan sosial yang penting dalam masyarakat.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Artikel Berkaitan : Semakan Status STR Fasa 3 & Jadual Bayaran 2024
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.
Kategori SARA 2024 | Kadar Bantuan |
STR Miskin | RM1200 |
STR Miskin Tegar | RM1200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Kategori STR (Miskin & Miskin Tegar) | Kategori STR (Miskin & Miskin Tegar) | |
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Februari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mac 2024 | RM 100 | RM 50 |
April 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mei 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jun 2024 | RM 100 | RM 50 |
Julai 2024 | RM 100 | RM 50 |
Ogos 2024 | RM 100 | RM 50 |
September 2024 | RM 100 | RM 50 |
Oktober 2024 | RM 100 | RM 50 |
November 2024 | RM 100 | RM 50 |
Disember 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jumlah | RM 1200 | RM600 |
Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.
Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Mohon Juga :
- Jawatan Kosong Sapura Resources Berhad : Mohon Sebelum 24 Jun 2024 ~ Minima SPM
- Jawatan Kosong Perodua : Pelbagai Jawatan Dibuka 2024 ~ Minima SPM Layak Memohon
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”