SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status

Kongsikan Artikel Ini

Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM1200.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

SARA 2024
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 12

Artikel Berkaitan : Tarikh & Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 13

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

kategori sara 1 1024x627 1
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 14
Kategori SARA 2024Kadar Bantuan
STR MiskinRM1200
STR Miskin TegarRM1200
STR Isi RumahRM300
STR BujangRM150
SARA 2
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 15
SARA 3
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 16

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
427625913 358342373821112 8195898290703074906 n
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 17

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 18

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 19

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Kategori STR (Miskin & Miskin Tegar)Kategori STR (Miskin & Miskin Tegar)
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganBujang
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM600

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

SARA
SARa 2024 : Jadual, Tarikh Bayaran & Semakan Status 20

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Mohon Juga :


Kongsikan Artikel Ini