Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 – 2024

Kongsikan Artikel Ini

Semakan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM1200.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

IMG 20231019 174050 1024x744 1
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 - 2024 7

Artikel Berkaitan : STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Sumbangan Asas Rahmah
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 - 2024 8

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

Kategori SARA 2024Kadar Bantuan
STR MiskinRM1200
STR Miskin TegarRM1200
STR Isi RumahRM300
STR BujangRM150

Semakan Status MyKasih 2024

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Sumbangan Asas Rahmah
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 - 2024 9

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
Semakan Sumbangan Asas Rahmah
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 - 2024 10

Tarikh Bayaran Bantuan RM100 (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 dijangka akan mula disalurkan bermula 22 Januari 2024 (RM100 / sebulan) bagi yang berstatus Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.

Manakala bagi penerima isi rumah STR, bujang dan warga emas, tarikh bayaran akan diumumkan kelak.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :


Kongsikan Artikel Ini