Bermula hari ini 1 April 2021, pembayaran dan pengkreditan bagi i-Sinar KWSP akan diteruskan oleh KWSP. Justeru itu, anda bolehlah untuk menyemak tarikh penting pembayaran i-Sinar ini.
Sebelum ini, pembayaran pada bulan Mac telah diawalkan kepada bulan Februari. Pada bulan Februari, pemohon menerima dua pembayaran iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan Bulan Mac. Namun begitu, pembayaran di bulan Mac tidak ada disebabkan memberi ruang kepada permohonan baharu i-Sinar Tanpa Syarat.
Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status i-Sinar melalui i-Akaun.
Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun
Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.