“Sembang Kari” ~ Warganet Marah & Kecewa Najib Sokong Belanjawan 2021

Kongsikan Artikel Ini

Najib%2BJaguh%2BMedia%2BSosial

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional membuat keputusan untuk menyokong Belanjawan 2021 pada hari ini kerana berpendapat kerajaan sukar berfungsi sekiranya usul tersebut ditolak.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memahami kekecewaan sebilangan rakyat dengan tindakan BN menerima Belanjawan 2021 meskipun ada beberapa perkara berkaitan moratorium pinjaman dan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum diselesaikan sepenuhnya.

KERAJAAN TIDAK CUKUP MASA?

Jelasnya, sekiranya BN menolak usul Belanjawan 2021 pada hari ini, kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperbetulkannya. “Saya dan kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.

“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini. “Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak.

WARGANET MARAH DAN KECEWA


Sementara itu, warganet meluahkan rasa marah dan kecewa keatas tindakan Najib Razak yang dikatakan hanya berani di media sosial sahaja tetapi tunduk di Dewan Rakyat. Pelbagai imej satira dan komen luahan warganet berlegar di ruangan hantaran facebook milik bekas perdana menteri itu.

Capture%2B1

Belanjawan 2021 diluluskan pada bacaan ketiga hari ini apabila kerajaan berjaya memperolehi 111 undi berbanding 108 ahli Parlimen yang menolak usul berkenaan.

Kongsikan Artikel Ini