Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (Dana NITA) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan satu inisiatif yang amat penting dalam memperkasakan usahawan wanita Bumiputera di seluruh negara.

Matlamat utama skim ini adalah untuk memperhebatkan lagi penyertaan wanita dalam dunia keusahawanan, membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing di pasaran.

Di samping itu, skim ini juga bertujuan untuk menyokong usahawan wanita sedia ada agar dapat berkembang dengan lebih pesat, sekaligus membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan memperbaiki taraf hidup keluarga mereka.

Maklumat Lanjut Berkenaan Pembiayaan 

Dengan adanya pembiayaan yang ditawarkan, usahawan wanita diberikan dorongan untuk meneroka pelbagai bidang perniagaan, dari sektor tradisional hingga sektor teknologi moden. Ia bukan sahaja membantu memperluaskan pasaran perniagaan mereka tetapi juga menyediakan platform bagi mereka untuk bersaing dengan lebih berjaya di peringkat domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, skim ini tidak hanya berperanan sebagai galakan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan, tetapi juga sebagai usaha untuk mengangkat martabat wanita dalam dunia keusahawanan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, serta memberi impak positif kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Pembiayaan :

Kelayakan 

Syarat-syarat kelayakan 

  1. Warganegara berstatus Bumiputera berumur 18-60 tahun;

  2. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;

  3. Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)

  4. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)

  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

  6. Menjalankan perniagaan sepenuh masa

  7. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan

  8. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini

  9. Perniagaan Patuh Syariah

  10. Bebas daripada Senarai Hitam MARA.

Kelonggaran syarat: 

  1. Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita

  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja/Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

  3. Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

  4. Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai/Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

  5. Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)

  6. Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Cara Mohon 

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi DanaNITA.

AGENSI PELAKSANA : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

TELEFON : 03-2613-2000

E-MEL : infobpn@mara.gov.my

Senarai Skim Pembiayaan Lain 

Berikut adalah senarai Skim Pembiayaan lain yang ditawarkan kepada mereka yang memerlukan :

  1. Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA).

  2. Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)

  3. Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)

  4. Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional (PROFESIONAL)

  5. Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)

  6. Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

  7. MARA Integrated Smart Auto (MISA)

  8. Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)

  9. Skim Pembiayaan Kontrak Ekpres (SPiKE)/SPiKE GLC

  10. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

  11. Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

  12. Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT)

  13. Skim Pembiayaan Pembelian Premis Perniagaan (SPiM Premis)

Leave a Comment