Skim Pembiayaan Tekun Niaga : Peluang Modal Mudah Untuk Usahawan Kecil

Skim Pembiayaan Tekun Niaga adalah skim pembiayaan yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi usahawan bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan.

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh.

Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.

Maklumat Pembiayaan

Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

PerkaraPenerangan
Jumlah Pinjaman:

Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

 

>RM 10,000 – RM 50,000

>RM 50,000 – RM 100,00

Tempoh Bayaran Balik: 

Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

 

Sehingga 5 tahun

Sehingga 10 tahun

Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi TEKUN-Skim Pembiayaan Tekun Niaga

Kelayakan

Syarat Kelayakan Asas:

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  14. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  15. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Cara Mohon

  • Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa
  • Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan
  • Dokumen Asas :

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen/Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/akaun Semasa yang mengandungi nama/syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ) Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

1. Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga adalah program pembiayaan mikro yang disediakan oleh TEKUN Nasional untuk membantu usahawan kecil mendapatkan modal bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

2. Siapakah yang layak memohon pembiayaan ini?

Pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai perniagaan yang sah dan beroperasi
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan
  • Tidak disenaraihitamkan oleh institusi kewangan atau TEKUN

3. Berapakah jumlah pembiayaan yang boleh dimohon?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM1,000 hingga RM100,000, bergantung kepada keperluan dan kelayakan pemohon.

4. Apakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

Tempoh bayaran balik adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun, bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima.

5. Berapakah kadar keuntungan (faedah) yang dikenakan?

Kadar keuntungan adalah 4% hingga 7% setahun, bergantung kepada skim pembiayaan yang dipilih.

6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan?

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
  • Penyata akaun bank perniagaan/individu (3 bulan terkini)
  • Lesen/permit perniagaan jika berkenaan
  • Lain-lain dokumen sokongan mengikut keperluan TEKUN

7. Berapa lama proses kelulusan permohonan?

Kelulusan permohonan biasanya mengambil masa 14 hingga 30 hari bekerja, bergantung kepada kelengkapan dokumen dan proses penilaian TEKUN.

8. Bagaimana cara membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi TEKUN Nasional atau secara fizikal di mana-mana cawangan TEKUN di seluruh negara.

9. Bolehkah pemohon mempunyai pembiayaan lain semasa memohon TEKUN?

Ya, tetapi tertakluk kepada penilaian kewangan pemohon serta kelayakan berdasarkan dasar pembiayaan TEKUN.

10. Siapa yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut?

Pemohon boleh menghubungi TEKUN Nasional melalui:

  • Laman web rasmi: www.tekun.gov.my
  • Hotline TEKUN: 03-9058 8838
  • Pejabat TEKUN yang berhampiran

Leave a Comment