Memandangkan bulan ramadan akan tiba tidak lama lagi, Majlis Keselamatan Negera ada mengeluarkan SOP baru berkenaan operasi bazar ramadan dan aidilfitri bagi kawasan PKPB dan PKPP.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci SOP Bazar Ramadan & Aidilfitri ini.
Waktu Operasi & Konsep Jualan
Bazar Ramadan
- Waktu Operasi: 3.00 petang – 8.00 malam
- Makanan & minuman sahaja
Bazar Aidilfitri
- Waktu Operasi: 10.00 pagi – 12.00 tengah malam
- Barangan kering sahaja
Kawalan Kemasukan Pengunjung
- Kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter
- Tempat beratur dengan jarak 1 meter ditanda
- Peniaga dan pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di bazar
- Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk
- Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan QR Code Mysejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan sekiranya tiada liputan internet.
- Pelanggan diwajibkan check in menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no telefon sekiranya tiada liputan internet.
- Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius adalah tidak dibenarkan masuk
Etika Pemakaian Pelesen/ Pembantu/ Pekerja
- Memakai Pas Khas yang dibekal oleh penganjur
- Diwajibkan memakai pelitup muka
- Digalakkan memakai face shield
- Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik.
- Diwajibkan memakai apron pakai buang plastik (Bazar Ramadan)
Kawalan Keselamatan, LaluLintas & Pembersihan
- Kawalan oleh DBKL/PBT, Rela dan penganjur
- Tumpuan kepada laluan masuk/ keluar/ perimeter
- Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari.
Tindakan Penganjur
- Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur, tanda jarak dan tunjuk arah.
- Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan.
- Memastikan pematuhan kawalan peniaga dan pengunjung.
- Memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Tindakan DBKL/PBT
- Menentukan kedudukan lokasi tapak, bazar ramadan dan bazar aidilfitri
- Memantau Pematuhan SOP MKn dan Kesihatan Makanan secara berterusan
- Menutup gerai berkaitan/ Bazar jika GAGAL patuhi SOP.
Infografik SOP Operasi Bazar Ramadan & Aidilfitri Kawasan PKPB & PKPP
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.