SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Kongsikan Artikel Ini

SSPA: CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2024

Kenaikan gaji untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan dan Perancangan Awal (MAPP) ke-19 sebentar tadi merupakan berita yang menggembirakan bagi penjawat awam.

Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 9

Menurut Perdana Menteri, penyelarasan gaji yang baharu ini bakal memberi kenaikan kadar pendapatan dan elaun sekaligus memberi tambahan pendapatan sebanyak 16.8% hingga 42.7% kepada penjawat awam.

Berikut merupakan intipati penting daripada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19:

  1. Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024.
  2. Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara.
  3. Pelarasan gaji sebnyak 15% kepada pegawai kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional.
  4. Pelarasan gaji sebanyak 7% kepada pegawai kumpulan pengurusan tertinggi.
  5. Pelaksanaan akan dibuat secara dua fasa iaitu Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.
  6. Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk vateran ATM tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

Artikel berkaitan : MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

Apa Itu SSPA?

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Justeru, fokus SSPA tertumpu kepada aspek mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan awam, menangani pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup serta mengukuhkan kemampanan fiskal negara.

SSPA di Malaysia adalah struktur yang menentukan dan menguruskan sistem saraan termasuk gaji, elaun, dan manfaat lain bagi penjawat awam. Sistem ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam menerima imbuhan yang adil dan selaras dengan peranan serta tanggungjawab mereka dlam perkhidmatan awam.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkenaan kenaikan gaji penjawat awam dan cara kiraannya.

Tarikh Pelaksanaan & Pelarasan Gaji Penjawat Awam 2024-2026

Kerajaan terus komited dalam memastikan nasib penjawat awam sentiasa terbela. Sehubungan dengan itu, selaras dengan keprihatinan kerajaan, pelarasan gaji akan ditetapkan seperti berikut:

  • Peningkatan gaji sebanyak 15% kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan
  • Peningkatan gaji sebanyak 7% kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 10

Pemberian pelarasan gaji dalam pelaksanaan SSPA akan dilaksanakan secara berfasa dengan jadual seperti berikut:

  1. Fasa 1: Akan berkuat kuasa pada 1 Disember 2024.
    • Pegawai Kumpulan Pelaksana: Akan menerima pelarasan gaji sebanyak 8%.
    • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional: Akan menerima pelarasan gaji sebanyak 8%.
    • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT): Akan menerima pelarasan gaji sebanyak 4%.
  2. Fasa 2: Akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
    • Pegawai Kumpulan Pelaksana: Akan menerima pelarasan gaji sebanyak 7%.
    • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional: Akan menerima pelarasan gaji sebanyak 7%.
    • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT): Akan menerima pelarasan gaji sebanyak 3%.
Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 11
Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 12
pelarasan gaji 2024 1 1024x576 1
SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 13

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM10 bilion akan digunakan oleh kerajaan untuk kenaikan lebih 13% gaji penjawat awam yang bermula pada 1 Disember 2024.

Beliau juga menyatakan kenaikan gaji penjawat awam ini merupakan yang tertinggi pernah dilakukan dalam sejarah perkhidmatan awam di Malaysia.

Kalkulator : Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Untuk cara kira kenaikan gaji penjawat awam, anda boleh menggunakan kalkulator gaji SSPA. Pengguna perlu masukkan gaji semasa dalam ruangan yang disediakan dan pilih “Kumpulan Perkhidmatan” dan seterusnya pilih “Gred Jawatan” dan klik butang “Kira“.

Bagi memudahkan anda untuk mengira kadar kenaikan gaji, anda boleh menggunakan kalkulator gaji SSPA di pautan;

Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 14

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, penjawat awam boleh layari Laman Rasmi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang juga menyediakan Kalkulator Gaji SSPA seperti berikut :-

Baca Juga :


Kongsikan Artikel Ini