STR Fasa 2 2025 : Semakan Status, Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga
TERKINI: Pihak Kementerian Kewangan Malaysia bakal melakukan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula pada April 2025 ini kepada semua para penerima yang layak berdasarkan daripada pangkalan data kerajaan.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjut berkaitan bayaran STR Fasa 2 2025 untuk makluman semua.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan sebuah bantuan daripada pihak kerajaan yang mana sebelum ini bantuan ini dilaksanakan dengan nama yang dikenali sebagai BKM, BSH, BPN dan BPR.
Selepas itu, pada tarikh 16 Januari 2023 Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini dengan nama Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan STR ini dijangka akan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup seramai 8.7 juta penerima dengan peruntukan bantuan sehingga RM8 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
TERKINI : Tarikh Bayaran STR Fasa 2 akan dikemaskini setelah pengunguman rasmi dilakukan oleh kementerian dan pihak kerajaan.Perkara berikut telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam sebuah Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri yang mana pihak Kementerian Kewangan turut mengeluarkan kenyataan rasmi yang sama.
Pihak LHDN turut memaklumkan bahawa para penerima bantuan ini aakan dirujuk kepada para penerima Fasa 2 yang telah disemak silang dengan data rasmi kematian pemohon serta pasangan.
Hal ini bermaksud, bagi individu yang melakukan permohonan baharu dan mengemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan mula dikreditkan bermula pada Fasa 3 kepada para penerima yang layak.
Semakan Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2025 seperti yang berikut:
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan RM0 – RM2500
- 0 anak : RM150
- 1-2 anak : RM300
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak / lebih : RM650
Pendapatan RM2501 – RM5000
- 0 anak : RM100
- 1-2 anak : RM200
- 3-4 anak : RM250
- 5 anak / lebih : RM300
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Umur 60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150
KATEGORI BUJANG (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)
- Pendapatan RM0 – RM2500 : RM100
*Sila rujuk jadual terperinci dalam lampiran soalan lazim yang telah dikemaskini di bawah:
Berikut adalah merupakan kadar tambahan STR yang diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tunai kepada para penerima STR 2025:
Kaedah & Cara Pembayaran STR
Berikut adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk melakukan pembayaran STR:
- Secara Kredit ke Akaun Bank
Bayaran bakal dikreditkan ke dalam akaun penerima / pasangan
- Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran kawasan individu penerima.
- Pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tidak mempunyai maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semak Status STR Fasa 2
Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan status STR:
Semakan status STR Fasa 2 boleh disemak melalui laman berikut https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Individu penerima boleh merujuk panduan infografik di bawah sebagai semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor kad pengenalan individu pemohon
- Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut, nama pemohon, nombor kad pengenalan pemohon, status permohonan dan maklumat bayaran fasa 2 (bagi individu yang layak).
- Klik pada menu semakan pembayaran Fasa 2
- Masukkan kata laluan
Bagi mengetahui sama ada wang telah dikreditkan atau tidak, sila tekan pada butang MAKLUMAT BAYARAN.
Anda akan melihat paparan seperti di bawah ini:
Sila rujuk pada STATUS KREDIT. Jika dipaparkan DALAM PROSES PENGKREDITAN, ini bermaksud bantuan tunai tersebut masih dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun bank anda.
Soalan Lazim Berkaitan STR Fasa 2 2025
- SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
- SOALAN : Permohonan STR 2025 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2025. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
- SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada November 2024 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)
- SOALAN : Saya telah lulus permohonan STR 2025 pada bulan Mei 2025 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2?
- JAWAPAN : Tidak. Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2025 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Pembayaran bantuan STR fasa 1 tahun 2025
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.