STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Kongsikan Artikel Ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini menjadi bualan ramai. Hal ini berikutan dengan bayaran STR fasa ketiga bakal dilakukan pada bulan ini.

Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Selepas bayaran Fasa 2 pada bulan April lalu, kini rakyat Malaysia tertumpu dengan bayaran Fasa 3 yang dijangka dikreditkan pada pertengahan bulan Ogos 2024. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan pembayaran STR Fasa 3.

STR Fasa 3
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 11

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 3 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Artikel Berkaitan : Tarikh Bayaran SARA Bermula Isnin 12 Ogos 2024

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Pendapatan RM0 – RM2500
      • 0 anak : RM150
      • 1-2 anak : RM300
      • 3-4 anak : RM500
      • 5 anak / lebih : RM650
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • 0 anak : RM100
      • 1-2 anak : RM200
      • 3-4 anak : RM250
      • 5 anak / lebih : RM300
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Umur 60 tahun dan ke atas)
    • Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150
  • KATEGORI BUJANG (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)
    • Pendapatan RM0 – RM2500 : RM100

*Sila rujuk jadual terperinci dalam lampiran soalan lazim yang telah dikemaskini di bawah:

sumbangan tunai rahmah 2024
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 12
STR Fasa 3
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 13

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

sumbangan tunai rahmah 2024
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 14

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024
sumbangan tunai rahmah 2024
Sumber: Risalah STR 2024 via Portal Manfaat
STR Fasa 3
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 15

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

sumbangan tunai rahmah 2024
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 16

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

sumbangan tunai rahmah 2024
STR Fasa 3 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 17

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Mungkin anda berminat :


Kongsikan Artikel Ini