STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Akhir

Kongsikan Artikel Ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga telah dikreditkan Khamis, 29 Ogos 2024. Perkara tersebut diumumkan secara rasmi Kementerian Kewangan melalui siaran media.

Kini suda tiba masanya pula untuk bayaran STR Fasa 4. Bila kah bayaran STR Fasa 4 dilakukan?

Untuk pengetahuan anda, STR Fasa 4 disalurkan sebelum perayaan Deepavali pada Novembver tahun 2023 yang lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 mengikut kategori kelayakan dan jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2024.

Pengenalan

Dalam usaha meringankan beban golongan B40, kerajaan Malaysia telah memulakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak 20% daripada RM1.26 bilion tahun lepas kepada RM1.5 billion bagi tahun 2024.

Program bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan 8.4 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bayaran antara RM100 hingga RM650, berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

STR Fasa 4
STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Akhir 5

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.

Mendepani arus peredaran zaman dan kekangan ekonomi, bantuan tunai ini bakal meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan 8.4 juta rakyat Malaysia yang memerlukan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ke-4 akan mula dilaksanakan pada November 2024.

Jadual pengkreditan bayaran adalah seperti berikut:

  • STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 : 3 April 2024
  • STR Fasa 3 : 29 Ogos 2024 (TERKINI)
  • STR Fasa 4 : November 2024

Berikut adalah jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 yang bakal dilaksanakan pada November 2024 nanti.

STR Fasa 4
STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Akhir 6
  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat mulai November 2024.
  • Seperti fasa 1, fasa 2, dan fasa 3 yang lepas, pengkreditan bantuan ini akan dibayar terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, penebusan STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Login MySTR & Semakan Status Kelayakan

Berikut dikongsikan enam langkah mudah login MySTR dan semakan status:

  1. Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no KP (MyKAD) dan tekan butang ‘log masuk’
  3. Tekan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
  4. Masukkan password dan tekan butang ‘log masuk’
  5. Pada menu utama, tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  6. Status permohonan akan dipaparkan

Baca Juga : Penerima Baharu & Rayuan STR Fasa 3 Terima Bayaran Mulai 18 September 2024

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 melibatkan dana sebanyak RM10 bilion yang bakal memanfaatkan 8 juta penerima di seluruh negara.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Kategori

Pengkreditan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 telah diberikan kepada yang layak pada bulan Januari, April, dan Ogos 2024 yang lalu.

Jadual berikut pula adalah jumlah bayaran STR Fasa 4 bagi pengkreditan November 2024.

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
01000500150150200
1 > 21500500300350350
3 > 42000500500500500
5 atau lebih2500500650650700

Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5000

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0500100100150150
1 > 2750150250200200
3 > 41000250250250250
5 atau lebih1250300300300350

Warga Emas Tiada Pasangan

Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
600150150150150

Bujang 21 Tahun – 59 Tahun

Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
35010010050100

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa melalui talian palsu STR.

Berikut dikongsikan siaran media penuh MOF:


Kongsikan Artikel Ini