STR LOGIN – SEMAKAN STR FASA 2

Advertisements

STR LOGIN : Semakan Status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Untuk STR Fasa 1 telah pun diagihkan kepada yang layak pada bulan ini.

Program bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, kerajaan memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Artikel ini akan menerangkan langkah mudah untuk Login STR serta cara menyemak status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2025 adalah bantuan tunai tahunan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat. Ia merupakan kesinambungan daripada program bantuan sebelum ini seperti:

  • BSH (Bantuan Sara Hidup)
  • BPN (Bantuan Prihatin Nasional)
  • BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)
  • BKM (Bantuan Keluarga Malaysia)

Bantuan ini akan diteruskan bagi meringankan beban rakyat dan memastikan mereka yang layak mendapat manfaat sewajarnya.

Kategori Penerima STR 2025

Kerajaan telah menetapkan beberapa kategori penerima STR 2025 seperti berikut:

  • Isi Rumah: Pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Isi Rumah: Pendapatan antara RM2,501 – RM5,000
  • Warga Emas Bujang
  • Bujang: Pendapatan kurang daripada RM2,500

Jumlah & Tarikh Bayaran STR 2025

Pembayaran STR 2025 akan dibuat dalam empat fasa:

  • Fasa 1: 22 Januari 2025
  • Fasa 2: Akan dikemaskini
  • Fasa 3: Akan dikemaskini
  • Fasa 4: Akan dikemaskini

STR LOGIN: Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)

Untuk buat semakan status pembayaran STR, anda perlu masuk STR login dulu. Anda boleh dibuat melalui langkah berikut:

Langkah Login STR

  1. Layari Portal Rasmi STR.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan.
  3. Klik butang Log Masuk.
  4. Butiran anda akan dipaparkan.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran dan status pengkreditan.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda tersenarai sebagai penerima STR 2025.
  2. Masukkan maklumat keselamatan.
  3. Masukkan kata kunci keselamatan dan kata laluan.
  4. Pendaftaran berjaya.

Info terkini boleh dirujuk di portal rasmi STR.

Cara Semakan Permohonan STR

Semakan permohonan boleh dilakukan melalui:

  • Portal Rasmi STR – Log masuk MySTR dan pilih Semakan Status.
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hadiri Pejabat HASiL yang berdekatan.

Jumlah Pembayaran STR 2025

Jumlah bayaran STR 2025 bergantung kepada kelayakan pemohon berdasarkan kategori dan bilangan tanggungan dalam isi rumah. Bayaran akan dibuat mengikut fasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kategori KelayakanKadar Bantuan (RM)
Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500Tiada anak: RM1,000
1-2 anak: RM1,500
3-4 anak: RM2,000
5 ke atas: RM2,500
Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000Tiada anak: RM500
1-2 anak: RM750
3-4 anak: RM1,000
5 ke atas: RM1,250
Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun ke atas)RM600
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun)RM600

Jumlah bantuan ini akan dikreditkan secara berperingkat mengikut fasa pembayaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Penerima yang layak boleh menyemak status kelulusan dan jumlah bayaran melalui portal rasmi STR.

Lupa Kata Laluan STR

Jika terlupa kata laluan, ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR.
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Masukkan No MyKad dan tekan SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan.
  5. Klik SETERUSNYA dan semak emel untuk kata laluan sementara.
  6. Jika tiada emel, jawab 3 soalan keselamatan.
  7. Masukkan kata laluan baharu.
  8. Klik TUKAR KATA LALUAN.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Penerima akan menerima bayaran mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran dilakukan secara:

  • Automatik ke akaun bank penerima.
  • Penunaian di cawangan BSN bagi mereka yang tiada akaun bank.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus

Tempoh rayuan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui portal STR.

Kaedah Permohonan Rayuan

  • Secara dalam talian melalui portal rasmi STR.
  • Secara manual dengan menghantar borang ke pejabat LHDNM.

Borang Rayuan STR 2025

Saluran Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai STR Login 2025 dan semakan permohonan Login MySTR, sila hubungi pihak kerajaan di talian :”

  • Hotline STR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@treasury.gov.my
  • Laman Web STR

Bagi maklumat lanjut, rujuk Portal Rasmi Belanjawan 2024.

Advertisements

Leave a Comment