Syarat & Kriteria Pengeluaran i-Sinar Kategori 2 Akan Ditambah Baik

Kongsikan Artikel Ini

syarat%2Bdan%2Bkriteria%2Bi%2Bsinar%2Bkategori%2B2

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik kriteria dan syarat pengeluaran kemudahan i-Sinar di bawah Kategori Dua.


Kerajaan Sentiasa Peka Dengan Keluhanan Dan Isi Hati Rakyat

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan sentiasa peka dengan keluhan dan isi hati rakyat terhadap pelbagai inisiatif seperti i-Sinar.



“Suara anda didengari dan penambahbaikan akan dilakukan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

i-Sinar Kategori 1

Kemudahan i-Sinar pada kali pertama dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuka kepada ahli yang kehilangan pekerjaan.

Ia kemudiannya membuka kategori baharu yang membenarkan ahli belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020 supaya dapat mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka.


i-Lestari dan i-Sinar adalah Dua Permohonan Berbeza

KWSP dalam kenyataannya berhubung keputusannya tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar bagi mereka yang memohon i-Lestari sebelum ini berkata, situasi ketika ia melancarkan i-Lestari dan i-Sinar adalah sangat berbeza.

Aktiviti ekonomi, katanya, terhenti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai Mac 2020, sebelum sektor ekonomi dibuka semula dan sebahagian besar pekerja kembali bekerja serta mencarum semula dengan KWSP.


i-Sinar Sedia Membantu Ahli Yang Terjejas Ekonominya

Bagaimanapun, KWSP memahami situasi ekonomi berbeza bagi setiap ahli dan bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri masing-masing.

Justeru, i-Sinar tersedia untuk membantu ahli terbabit.

KWSP juga sebelum ini menyatakan berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), pelaburannya terbukti mampu bertahan sejauh ini walaupun ada cabaran unik dihadapi pasaran ketika ekonomi lembap.

Katanya, ia akan terus mempelbagaikan pelaburannya dalam pasaran domestik dan global dengan mempertimbangkan keperluan aliran tunai mencukupi setiap waktu, termasuk waktu melampau dan tidak diduga seperti wabak.

Pada asasnya, KWSP ialah pelaburan jangka panjang dan setiap keputusan pelaburan dibuat akan terus mempertimbangkan tanggungjawabnya untuk mengekalkan dana anggota, walaupun dalam situasi belum pernah terjadi seperti wabak ini.

Pada masa ini dan berpandukan struktur i-Sinar sedia ada, semua tindakan KWSP akan memastikan tiada impak kepada pasaran domestik.

Sumber: bharian.com.my

Kongsikan Artikel Ini