Tarikh Bayaran Akhir i-Sinar Bulan Julai Kategori 2 2021

Kongsikan Artikel Ini

i sinar julai


telegram%2Bimage

Ramai yang menanti bila tarikh rasmi pembayaran i-Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Persoalan yang paling utama ialah bila tarikh akhir pembayaran i-Sinar ini.
Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah menerima pembayaran i-Sinar bermula Januari lalu. Justeru, disebabkan tempoh pembayaran i-Sinar adalah selama 6 bulan sahaja, bulan 6 ini merupakan bayaran terakhir bagi i-Sinar KWSP ini. Oleh itu, bagi mereka yang dikreditkan pembayaran bermula Januari, ini merupakan bulan terakhir pembayaran mereka.

Tapi berbeza pula bagi mereka yang tergolong dalam kategori 2 yang telah membuat pindaan, anda mungkin menerima pembayaran terakhir pada bulan Julai 2021 ini.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk menyemak pembayaran i-Sinar bulan Julai bagi kategori 2.


Tarikh Bayaran i-Sinar Jun 2021

Seperti sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Julai akan dibuat secara berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada:

1 Julai sehingga 10 Julai 2021
Kebiasannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

Semakan Tarikh Akhir Pembayaran Bagi Pemohon Kategori 2 Yang Membuat Pindaan


Anda perlu membuat semakan tarikh akhir pembayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

Sekiranya anda telah membuat pindaan amaun, contohnya sebelum ini akaun anda telah expired sebab KWSP sudah habis membayar jumlah yang dipohon, nanti apabila anda buat pindaan, akaun anda akan kembali berstatus Active dan ada Recurring date sampai tarikh akhir pembayaran dibuat.

Oleh itu pembayaran akhir bergantung kepada tarikh lulus bayaran pertama anda. Semak tarikh pembayaran anda melalui i-akaun seperti langkah yang kami kongsikan.

_________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________

Maklumat Pembayaran i-Sinar

Bayaran bulanan iSinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 mac, bulan seterusnya juga anda akan dapat pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja)
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu atau
  • sebelum akhir bulan


Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
bayaran julai i sinar 2021



Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  • Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my
Sumber: harianpost.my

Kongsikan Artikel Ini