[RASMI]: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2025

Kongsikan Artikel Ini

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengumumkan tarikh bayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2025.

Pengumuman ini penting bagi mereka yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kerana tarikh bayaran gaji bulanan akan dinyatakan melalui pekeliling yang dikeluarkan setiap tahun oleh kerajaan.

Dengan mengetahui jadual pembayaran gaji, penjawat awam diharapkan dapat merancang kewangan bulanan dengan lebih baik.

Ini menjadi semakin penting kerana terdapat kalanya tarikh gaji mungkin diawalkan, khususnya sempena musim perayaan.

znew awam
[RASMI]: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2025 5

Artikel berkaitan: Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2025

Tarikh pembayaran emolumen bulanan untuk tahun 2025 telah ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 6 September 2024.

Surat ini menyatakan penetapan tarikh dan peraturan pembayaran emolumen bagi tahun 2025, yang berkuat kuasa mulai tarikh dikeluarkan.

Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2024

BulanTarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina
29 & 30 Januari 2025 (Rabu dan Khamis)
Februari25.02.2025Selasa
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa
31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin dan Selasa)
April24.04.2025Khamis
Mei25.05.2025KhamisHari Pesta Keamatan
30 & 31 Mei 2025 (Jumaat dan Sabtu)
Jun25.06.2025RabuHari Gawai
1 & 2 Jun 2025 (Ahad dan Isnin)

Hari Raya Haji
7 & 8 Jun 2025 (Sabtu dan Ahad)
Julai24.07.2025Khamis
Ogos25.08.2025Isnin
September25.09.2025Khamis
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali
20 Oktober 2025 (Isnin)
November20.11.2025Khamis
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas
25 Disember 2024

Tarikh-tarikh ini adalah terpakai untuk semua negeri di Malaysia, menjadikannya maklumat yang relevan bagi semua penjawat awam tanpa mengira lokasi mereka.

Berikut dikongsikan lampiran penuh Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam daripada SPANM BIL 5/2025:

Tarikh bayaran gaji penjawat awam
[RASMI]: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2025 6

Rujukan: Surat Pekeliling JANM Bilangan 5 Tahun 2024

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan gaji penjawat awam tahun 2025, penjawat awam boleh menghubungi:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2, Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
Emel: [email protected]
No. Tel: 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Sumber: Portal Jabatan Akauntan Negara (JANM)


Kongsikan Artikel Ini