Tarikh bayaran SARA (Sumbangan Asas Rahmah) akan dikreditkan kepada semua penerima yang layak mulai Isnin 12 Ogos 2024.
Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak serta keluarga dalam kalangan miskin tegar layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM1200.
Dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Artikel Berkaitan : Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.
Sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.
Kategori SARA 2024 | Kadar Bantuan |
STR Miskin | RM1200 |
STR Miskin Tegar | RM1200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
Artikel Berkaitan : Kadar Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos Tahun 2024
Semakan Status SARA (Sumbangan Asas Rahmah)
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – Layari https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Langkah 2 – Masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik ‘Semakan Status’
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Tarikh Bayaran SARA (Sumbangan Asas Rahmah)
Tarikh bayaran SARA adalah pada Isnin setiap bulan antara Januari 2024 sehingga Disember 2024.
Bayaran seterusnya adalah mulai Mac 2024 dan akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga Disember 2024 seperti berikut:
Kategori STR (Miskin & Miskin Tegar) | Kategori STR (Miskin & Miskin Tegar) | |
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Februari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mac 2024 | RM 100 | RM 50 |
April 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mei 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jun 2024 | RM 100 | RM 50 |
Julai 2024 | RM 100 | RM 50 |
Ogos 2024 | RM 100 | RM 50 |
September 2024 | RM 100 | RM 50 |
Oktober 2024 | RM 100 | RM 50 |
November 2024 | RM 100 | RM 50 |
Disember 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jumlah | RM 1200 | RM600 |
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan).
Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my. Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Amin is the prolific writer behind www.mingguankerja.my, a dynamic platform that serves as a trusted source for publishing job vacancies and current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.