Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Bulan Julai. Bantuan STR Fasa 3 adalah sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai secara langsung kepada golongan berkelayakan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3100.
Ini bermakna keluarga dalam kumpulan dan kategori yang layak bakal menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100. STR akan membantu meringankan beban sara hidup dan bakal memanfaatkan kira kira 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3)
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Julai merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Julai 2023
Minggu 1 | 3 – 7 Julai 2023 |
Minggu 2 | 10 – 14 Julai 2023 |
Minggu 3 | 17 – 21 Julai 2023 |
Minggu 4 | 24 – 28 & 31 Julai 2023 |
- Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai 2023.
- Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Kadar Bayaran STR Fasa 3
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.
Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:
- Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
Bilangan anak 0: RM300
Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800
Baca Juga:
- Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan
- Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
Bilangan 1 – 2 anak: RM150
Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250
- Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
STR Fasa 3: RM200
- Bujang 21 – 59 tahun
STR Fasa 3: RM150
- Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya
STR Fasa 3: RM150
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di sini.
Soalan Lazim
Siapakah yang layak menerima STR?
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan - b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Kredit ke Akaun Bank
Siapakah layak terima kadar tambahan RM600 STR?
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169
berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bagaimanakah kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR?
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga
Bilakah permohonan STR akan dibuka?
- Permohonan STR boleh dibuat:
- Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
- Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.