Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberikan kelulusan secara berperingkat dan bayaran telah pun dibuat bermula 2 Mac 2021 yang lalu.
Hal ini berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021.
Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. Oleh itu, KWSP menghargai kesabaran para ahli ketika proses ini sedang berjalan.
Sekiranya ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya.
Info Terkini Permohonan Baharu
Ada beberapa maklumat terkini bagi mereka yang membuat permohonan baharu.
- Bagi permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.
- Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
- Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh untuk menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
Kelonggaran Pindaan Amaun i-Sinar KWSP
Berita baik bagi mereka yang ternanti-nanti bagaimana dan bilakah untuk membuat pindaan amaun i-Sinar KWSP. Syukur KWSP mendengar rintihan dan keluhan para pemohon. Berikut dikongsikan maklumat terkini pindaan amaun i-Sinar KWSP:
- Bermula 8 Mac 2021
Ahli diberi kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti:
- Jumlah dipohon
- Maklumat bank
- Alamat
- Nombor Telefon
- Mod Bayaran
Jumlah Pengeluaran i-Sinar Dan Jadual Pembayaran Maksimum Selama Enam Bulan
Jumlah Pengeluaran i Sinar Serta Jadual Pembayaran Maksimum selama enam bulan akan kekal seperti sebelum ini iaitu:
Maklumat Tambahan
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.