Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 Mengikut Akaun Bank

Kongsikan Artikel Ini

bpr%2Bakaun%2Bbank

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik untuk semua para pemohon BPR Fasa 1 2021. Menurut Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran fasa 1 BPR ini dibuat kepada para penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. 


Pembayaran ini sebenarnya dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021.





Kami kongsikan tarikh penting pembayaran mengikut bank-bank tempatan dan beberapa maklumat lain.

Bagaimana Dengan Status Para Pemohon Baru?

Bagi pemohon baru, mereka hendaklah menunggu selepas 25 Februari ini untuk membuat semakan kelulusan permohonan mereka.

Tarikh Pembayaran Mengikut Bank-Bank Tempatan 

Anda perlu faham bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Justeru itu anda perlu bersabar dan menunggu pembayaran ini. 

Kami kongsikan kepada anda tarikh-tarikh penting pembayaran di beberapa bank yang telah pun dikreditkan lebih awal dan akan dikreditkan kemudian mengikut tarikh pengkreditan.

1) Maybank

Sudah dikreditkan pada 23 Februari 2021

2) Bank Simpanan Nasional

Sudah dikreditkan pada 22 Februari 2021

3) Bank Islam

Sudah dikreditkan pada 23 Februari 2021

4) CIMB Bank

AKan dikreditkan bermula 24 Februari 2021 

5) RHB Bank

Akan dikreditkan bermula 24 Februari 2021

6) Affin Bank/Public Bank/Agro Bank/Bank Muamalat dan lain-lain bank

Akan dikreditkan bermula 24 Februari 2021

Tambahan

Tarikh pengkreditan BPR ini adalah berdasarkan pemerhatian dan perkongsian para pemohon-pemohon BPR di media sosial. Semoga membantu anda untuk menyemak akaun anda daripada semasa ke semasa.

Kenyataan Media Rasmi BPR 2021 Oleh Menteri Kewangan

bpr%2Brasmi%2B1


Jumlah Pembayaran BPR 2021


Isi Rumah 

  • 4.4 Juta Penerima
  • RM300 Setiap Penerima 

Individu Bujang

  • 4.05 Juta Penerima
  • RM150 Seorang

Permulaan Tarikh Pembayaran


Isi Rumah dan Individu Bujang

  • 24 Februari 2021
  • Terus dikreditkan ke dalam akaun bank

Penerima Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank

  • 25 Februari 2021
  • Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penerima di Sabah dan Sarawak Tanpa Akaun Bank

  • 1 Mac Sehingga 1 April 2021
  • Lokasi-lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran BPN 2.0

Pembayaran Fasa 1 Dipercepatkan

  • Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN 40 yang telah diluluskan sebelum ini.
  • Pembayaran Fasa 1 ini dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Maklumat Lanjut


Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my.

Kongsikan Artikel Ini