Tarikh Pembayaran Terakhir i-Lestari Bermula 1 April Ini ~ Semak Tarikh Pembayaran Anda

Kongsikan Artikel Ini

i%2Blestari%2Bapril

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Pasti ramai diantara pemohon i-Lestari tahu bahawa bulan April nanti merupakan bulan terakhir pembayaran i-Lestari. Ini bermakna selepas ini tiada lagi pembayaran i-Lestari melainkan kerajaan menyambung lagi bantuan i-Lestari ini.


Ramai orang sedia maklum bahawa pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac telah pun diawalkan dan dibayar pada penghujung bulan Februari lalu. Ini menyebabkan mereka menerima dua pembayaran pada bulan Februari iaitu pembayaran untuk Februari dan Mac.





Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini i-Lestari yang perlu anda tahu.

Kenapa Tiada Pembayaran Bulan Mac?

Tidak ada pembayaran dilakukan pada bulan Mac disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac. Bagi memberi ruang kepada KWSP untuk meneliti dan mengubah sistem baharu bagi mempermudahkan para pemohon lain untuk memohon i-Sinar tanpa syarat.

Justeru itu, tiada pembayaran dilakukan pada bulan Mac.

Bulan Terakhir Pembayaran i-Lestari

Mengikut kepada jadual pembayaran terakhir i-Sinar yang dikeluarkan ialah pada bulan April iaitu bermula 1 April-12 April.

Mengikut kemaskini terkini daripada KWSP di beberapa akaun pemohon i-Lestari, juga menunjukkan bahawa tarikh terakhir pembayaran i-Lestari adalah pada bulan April.

Berikut dikongsikan gambar akaun i-Lestari pemohon yang menunjukkan bahawa 1 April merupakan tarikh pembayaran terakhir i-Lestari.

i%2Blestari%2B%2Bfb


Mungkin tarikh pembayaran setiap pemohon berbeza-beza mengikut batch masing-masing. Justeru itu anda perlu untuk menyemak akaun anda bagi memastikan tarikh yang betul pembayaran i-Lestari terakhir anda.

Jadual Rasmi Pembayaran i-Lestari Terakhir

iLESTARI KWSP

Mengikut kepada jadual i-Lestari ini, para pemohon mengikut batch akan menerima bayaran bermula 1 April – 12 April nanti. 

CARA SEMAK BAKI & TRANSAKSI BAYARAN I-LESTARI KWSP


Bagi Ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut:

  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

  • Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.
Kredit: kerjasemasa.com


Kongsikan Artikel Ini