Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kelayakan
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
v. Pemohon bukan penghuni / pelatih kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
vi. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan / Swasta yang berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasiatan; (Contoh pengesahan kategori OKU FIzikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian)
vii. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebhi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
vii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL)
Nota: Pendapatan merujuk kepada hasil pencen / PERKESO / bantuan Baitulmal dan lain-lain. Umur pemohon adalah berdasarkan tahun kelahiran.
Cara Mohon
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara kad OKU;
- Surat / memo pengesahan ketidakupayaan dari Pakar / Pegawai Perubatan Kerajaan / Swasta yang berdaftar / Laporan siasatan Pegawai JKM yang menunjukkan pemohon tidak berupaya bekerja;
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Surat pengesahan pendapatan (pencen / PERKESO / bantuan Baitulmal dan lain-lain); atau
- Akuan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran 4: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (Jika bekerja sendiri)
- Salinan penyata akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Nota: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan (Lampiran 4) boleh dirujuk di pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat.
BORANG YANG BERKAITAN
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. S
etiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Nota: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.