(Terkini) Jadual Pembayaran Bantuan JKM Bulan Februari 2021

Kongsikan Artikel Ini

jadual%2Bjkm%2Bfebruari

Tahukah anda Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan Prkhidmatan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan bantuan supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan lebih baik.


Antara bentuk bantuan ini adalah seperti keperluan asas, alat sokongan sosial, alat pemulihan dan sumber kewangan sementara kepada para penerima bantuan.



Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini jadual pembayaran bantuan JKM untuk bulan Februari.

Jadual Pembayaran Bantuan JKM Bulan Februari

jadual%2Bjkm

Pembayaran untuk bulan Februari telah pun dilaksanakan pada 9/2/2021  isnin dan 10/2/2021 selasa minggu ini. Justeru itu, bagi anda penerima bantuan, anda bolehlah untuk membuat semakan akaun anda.

Sekiranya anda belum menerima bayaran, anda perlu untuk menunggu beberapa hari setelah tarikh yang dikongsikan kerana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

  1. Layari jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
  2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran
  3. Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM

Berikut adalah senarai dan kadar Bantuan Bulanan JKM tahun 2021:

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 Sebulan
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 Sebulan
  • Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM450
  • Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM500
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 bagi satu keluarga.

CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN BULANAN JKM 2021

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan
  5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan untuk berbuat demikian, sistem sokongan akan membatalkan secara automatik bagi permohonan tersebut.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

BORANG PERMOHOAN BANTUAN JKM 2021

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  • Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  • Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  • Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  • Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.


Kongsikan Artikel Ini