Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Tiga dikreditkan mulai 20 September hingga 27 September 2022.
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 20 September 2022 (Selasa) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Bagi bayaran secara tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.
Semakan Status Kelayakan
Anda boleh menyemak status kelayakan mulai 20 September 2022 melalui cara-cara berikut:
- Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my atau
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1-800-88-2747
Pembayaran BKM Melalui Pengkreditan Akaun
Bagi pembayaran BKM fasa 3, penerima yang lulus akan menerima bayaran sehingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.
Sementara bagi penerima yang telah diluluskan Rayuan BKM akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Pembayaran BKM melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Pembayaran BKM Fasa 3 Secara Tunai Di Kaunter BSN
Untuk pembayaran secara tunai BKM fasa 3 & Rayuan BKM ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN
Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.
Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.
Maklumat Lanjut
Sumber: Bank Simpanan Nasional
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.