Terkini Pembayaran i-Sinar KWSP Kategori 1 Bagi Bulan April

Kongsikan Artikel Ini

i%2Bsinar%2Bapril

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Pastinya ramai daripada pemohon i-Sinar kategori 1 berasa gembira kerana pihak kerajaan dan KWSP sedang dalam proses untuk melakukan pengkreditan secara berperingkat-peringkat daripada semasa-ke semasa. Namun demikian, sedikit berbeza dengan pemohon i-Sinar kategori 2 tanpa syarat yang perlu untuk menunggu sehingga 8 Mac bagi mengetahui status dan tarikh pembayaran permohonan mereka.


Kita sedia maklum bahawa pembayaran bulan Mac i-Sinar kategori 2 telah pun diawalkan dijadualkan pembayarannya pada penghujung bulan Februari yang telah pun bermula pada 24 Februari lepas.





Timbul beberapa persoalan tentang bagaimana pula dengan pembayaran bagi bulan April? Adakah alkan dibayar awal seperti pembayaran bulan Mac? Atau pembayarannya akan dikreditkan pada bulan April seperti biasa?

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini pembayaran i-Sinar Kategori 1.

Bila Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Kategori 1 Seterusnya?

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KQWSP) di laman media sosial facebook, mereka ada menjelaskan tentang pembayaran i-Sinar Kategori 1 bulan April.

Melalui poster dan perkongsian maklumat di media sosial rasmi, mereka menjelaskan bahawa permohonan i-Sinar yang diluluskan pada Januari 2021 (Kategori 1) bayaran bulan Mac akan diawalkan pada minggu akhir bulan Februari.

i%2Bsinar%2Bmac

Maklumat Paling Penting Pembayaran Bulan April Nanti

Paling penting sekali, bagi pembayaran bulan April, penerima kategori 1 tidak akan menerima bayaran bulan April pada bulan Mac. Tetapi mereka akan menerima bayaran seperti biasa pada bulan April. Hal ini bertujuan untuk memastikan urusan kelulusan tanya syarat i-Sinar bagi bulan Mac akan berjalan dengan lancar. 

Maklumat ini dapat dilihat melalui perkongsian yang dilakukan di laman facebook KWSP.

pembayaran%2Bi%2Bsinar%2Bbulan%2Bapril


Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Kongsikan Artikel Ini