PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MOF) menjemput orang ramai berkongsi berpendapat dan idea dalam Portal Cadangan Bajet 2023 yang baru dilancar bagi membantu kerajaan dalam proses penyediaan bajet.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya ingin mendengar suara rakyat bagi mengetahui apakah inisiatif tahun 2022 yang perlu dikekalkan dan pembaharuan untuk diperkenalkan tahun depan.
“Tahun ini MOF telah mengeluarkan tiga kertas Konsultasi Awam Bajet 2023 dan kami meminta memorandum dari NGO, ahli perniagaan dan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengajukan pendapat mereka. Setakat ini 241 memorandum telah diterima,” katanya dalam hantaran video yang dikongsi di Facebook.
Tengku Zafrul berkata MOF juga telah mengadakan Majlis Konsultasi Bajet 2023 melibatkan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasil mengemukakkan sebanyak 30 cadangan.
“Kami juga turun padang ke seluruh negara untuk sesi dialog bersama rakyat untuk mendengar sendiri keluhan rakyat dan harapan mereka untuk bajet.
“Saya yakin anda semua ada pelbagai idea bernas yang boleh dikongsi bersama dan saya ingin mendengar suara anda,” katanya.
Tengku Zafrul turut membetulkan pandangan bahawa memberi pendapat hanya membuang masa kerana hasil sesi libat urus MOF bersama rakyat tahun lepas, lebih 50 inisiatif dicadangkan berjaya dimasukkan dalam Bajet 2022.
Portal Cadangan Bajet 2023
Orang ramai yang ingin memberikan cadangan boleh layari pautan https://budget.mof.gov.my/bajet2023/ sebelum 9 September 2022.
Pembentangan Bajet 2023 dijangka diadakan di Parlimen pada Oktober ini.
Sumber : sumberkini.my
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.