Kerajaan telah melaksanakan pembayaran BSH fasa 3 pada 24 Julai. Tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti. Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran anda.
Berikut proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH. Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020.
Namun rayuan ini tidak layak jika pemohon tidak memenuhi syarat permohonan BSH. Antaranya:
- Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
Semakan Kelulusan BSH Fasa 3
Untuk makluman, pembayaran BSH melibatkan 3 fasa iaitu:
- Fasa 1: Januari 2020
- Fasa 2: Mac 2020
- Fasa 3: Julai 2020
Fasa 1 dan 2 melibatkan 3.8 juta penerima. Manakala fasa 3 melibatkan 4.28 juta penerima termasuk penerima rayuan BSH sebelum ini.
Bagi anda yang telah membuat permohonan rayuan, anda boleh semak status permohonan / kelulusan BSH anda di portal rasmi Bantuan Sara Hidup.
Layari https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx dan hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Sekiranya pemohon ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
- Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak mestilah :
- Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
- Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
- Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
- 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
- OKU
Permohonan Rayuan BSH 2020
Berikut dikongsikan FAQ Rayuan BSH yang rasmi:
Sekiranya anda memenuhi syarat di atas namun gagal semasa pendaftaran Fasa 1 & 2 sebelum ini, anda boleh membuat permohonan rayuan semula.
Ketika pemberian BR1M tahun lepas, permohonan rayuan hanya untuk lima golongan berikut:
- Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
- Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
- Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
- Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
- Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000
Untuk BSH kami masih menunggu pengumuman rasmi senarai layak membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2019 / 2020.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH KLIK DI SINI.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.